mutiara kata

If you are harmed by the heat of the summer And the dryness of autumn and the coldness of winter And you are distracted by the beauty of sprintime Then tell me: when will you seek knowledge?(Imām Aḥmad ibn Fāris al-Rāzī)

Isnin, 10 Februari 2014

SEPERTI YANG DIJANJIKAN


Assalamualaikum,seperti yang dijanjikan, kami akan mengupload kan gambar terbaharu program kami, pada hujung minggu lepas, kami telah mengadakan program training with PEERS, pergh rugi tak pergi. Jangan jelous tau kami buat banyak aktiviti yang menarik..
 
 
 
ni ketika hari kedua, wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kreativiti mereka,
 
 
para peserta yang melakukan  ujian personaliti  warna diri
 


Kenali Diri...Lukisan orang personaliti jingga... nampak keunikan mereka?

 
 
 


Ahad, 9 Februari 2014

PENGUMUMAN PEMGUMUMAN!!!!!

Assalamualaikum..perhatian ye, kami (BADAN PEERS KAUNSELOR UiTM DUNGUN) akan mengadakan program PEERS EXPLORACE CHALLENGE, terbuka kepada seluruh pelajar UiTM .Jom la memeriahkan program kami, tapi nya terhad kepada 8 kumpulan terawal SAHAJA, siapa lambat tak dapat, jom grab handphone laju laju sms AJK pendaftaran kami,untuk mendaftar..

Sabtu, 8 Februari 2014

Alhamdulillah Ya Allah

Assalamualaikum.. jeng jeng jeng...nape pulak tiba tiba ni kan.. Alhamdulillah bersyukur sangat akhirnya selesai sudah program kami.. ha tau ke program apa? ni kes tak scroll homepage blog kitorang lah ni kan? takpe takpe sempat lagi nak scroll homepage kami.. ni nak habaq kat hangpa semua la kan.. program kami Training Management with PEERS sudah selesai.. rugi tak pergi.. antara aktiviti yang best gilosss kitorang buat kenali personaliti diri melalui warna oleh pegawai Unit Kerjaya dan Kaunseling,aktiviti LDK contohnya ice cream making, musical chair, ice breaking, malam kebudayaan, senam aerobic, jogging berjemaah, penerangan cara menyediakan kertas kerja oleh para MT. nak tengok tak gambar program kami? kalau nak tengok, TUNGGU ye nanti kita update..

Jumaat, 7 Februari 2014

The Aptitude of liaison

Assalamualaikum WBT, rakan rakan yang dikasihi, kami warga PEERS UiTM Dungun telah mengadakan program jualan bagi meningkatkan kemahiran keushawanan para pelajar. di Dataran sura. Terdapat pelbagai promosi yang ditawarkan,Khas buat peminat kek, kami juga turut membuka gerai jualan yang menjual kek yang terhangat di pasaran, antaranya ialah red velvet dan chocolate moist.Malah terdapat juga pelbagai gerai yang turut ada disanaaa!!!!!!! Rugi tau haritu yang terlepas,kek yang kami jual sedap sangat..ada rojak buah, dan yang bestnya hari last program jualan tu, kami bagi air freeeee.. :)
Ni lah kek yang sedap tu.. laku tau.. ^_^





Yang ni pulak, salah satu gerai UKK (Unit Kaunseling dan Kerjaya)


yang ni salah satu gerai buah buahan yang ada..

Training Management with PEERS

Assalamualaikum,salam satu Malaysia, salam satu UiTM..Pada hari ini, kami badan PEERS kaunselor mengadakan training management bagi semua AHLI BAHARU Badan PEERS Kaunselor UiTM Dungun,Selama 2 hari 1 malam. Program ini bertujuan  mendedahkan ahli baharu PEERS terhadap kaedah menyediakan kertas kerja,proses untuk memohon kelulusan kertas kerja,serta terdapat pelbagai aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang menarik..Program ini dilaksanakan fokus untuk ahli baharu, bagi mempermudahkan kerja sekiranya ingin melaksanakan sebarang program..Dijemput semua ahli baharu bagi memeriahkan program ini di dewan serbaguna Gemia.

Tentatif Training management peers 
kepada ahli baru wajib hadir..... kehadiran anda menentukan keaktifan anda.tq.
pakaian : sopan dan selesa untuk menjalankan aktiviti berkumpulan.
(sahsiah rupa diri)
Jumaat (7 februari 2014)

8.00 a.m Semua ahli peers yang terlibat berkumpul
8.30 a.m Latihan dalam kumpulan 1
9.30 a.m Sarapan pagi
10.00 a.m Latihan dalam kumpulan 2
12.00 p.m Rehat
3.00 p.m Latihan dalam kumpulan 3
5.00 p.m Riadah
6.00 p.m Rehat
9.00 p.m Malam Kebudayaan
11.00 p.m Bersurai 

Sabtu ( 8 Februari 2014 )

8.00 a.m senaman pagi
9.30 a.m Sarapan pagi
10.00 a.m Latihan dalam kumpulan 4
12.00 p.m Rehat
2.30 p.m Latihan dalam kumpulan 5
5.00 p.m Riadah
6.00 p.m Tamat dan bersurai